Wednesday, December 30, 2009

Jutawan Sendayu TInggi Pakai Purdah

dibebel oleh Ezzah at 12:11 AM 10 mengomel

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.


Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.


Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.


Nilai sepuluh sen


Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.


Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.


Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.


Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.


Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.


Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.


Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.


Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.


Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.


Kini mula berpurdah


Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.


Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.


“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .


Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?


Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.


Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.


Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.





Sumber adalah 100% di copy paste dari blog Beautifulnara. Credit to Abg Nara :)




Tertarik aku dgn kenyataan Rozita "....mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu......"

post signature

Tuesday, December 29, 2009

Alvin & Chipmunk

dibebel oleh Ezzah at 11:12 PM 4 mengomel
omaigod....omaigod...dah petang stil lx berupdate lagi blog nih? Ishkkk...x gerek ah kan! :P


Busy la u ollsssss......Masuk2 ofis, on FB, gosip sana gosip sini, call sana call sini, chat sana chat sini, kul 11.30 pagi dah keluar g tawaf alamanda....Masuk semula ofis kul 2.30 ptg. See.....i told yoouuuuuu...I busy la hr nih! ;)



But, of coz la bukan busy dgn keje-keje ofis kan. Bos i cutilah seminggu (merdekaa!!). So, bila bos cuti dah tentu2 PA-nya pun x de keje la kat ofissss...sampai naik sangap dah dok menghadap PC...dah x tau nk buat menda weeehh. Tgk PC pun dah berpinaaauuu bijik mata.. T__T. Lagi malang, bilik jaaauhhhhhh dari staf2 lain. Mmg penghujung..tgk luar bilik pun nampak dinding jeeee....













Ok chopppp...tetiba mcm dah x sangap sbb tetiba keje datang secara tetiba dgn secara banyaakkk. Adehh..nak kena cek surat2 masuk laaaa..kata bos cuti kaaannn...so i la bos skrng! T__T. Harusla kena baca semua surat2 masuk tuh and dokumen2 yg baru sampai. then nak kena minitkan pada pegawai-pegawai berkenaan. See, kan dah secara automatik menjadi bos. Mana cuti2 pegawai-pegawai lagi nk kena luluskan kat sistem Hrmis.


gilo. Time xde keje sangap...dah ada keje terus meroyan. T___T



note : still kempunan nk tgk Alvin & Chipmunk sbb td p alamanda tiket full. Ishk, hari keje pun full ke. Apa semua org ngulor keje ke g tgk wayang. T__T


post signature

Monday, December 28, 2009

Perhatian...perhatian..

dibebel oleh Ezzah at 5:06 PM 1 mengomel
Ada tak sape-sape yang berminat nak berniaga di bazar kementerian start tahun depan. Contohnya, berniaga baju baby ke, blouse ke, cute items ke apa ke...Bazar ni diadakan setiap hari jumaat. Kalo ada sesiapa yang berminat dan ingin tahu lebih lanjut plz email aku ye :-






riezah0508[at]yahoo[dot][com]





update : Pada yang telah email bertanyakan maklumat lanjut,
email anda telah di balas.
Sekian. :)








post signature

Sunday, December 27, 2009

dating dgn danish

dibebel oleh Ezzah at 5:46 PM 11 mengomel
Hi guys...how's u weekend? Macam biasa, rutin hujung minggu aku, dok umah-buat keje umah-layan danish dania-tengok tv sampai lebam. Tapi berkesempatan tgk Alvin & chipmunk hari sabtu! Just me & danish! Bad bagi peluang danish date ngan mamanya, sementara dia date dgn anak daranya kat umah je... :P


Movie start belah petang, tp sengaja aku kuar awal. Lunch kat KFC, then p round2....jalan2 (Y.E.S), ramainyaaaaaaaaaaaaaaaaaa lah org. Nak2 sekolah dah nk buka semula kan. Ramai la Mak-mak dok shopping barang persekolahan anak2 diorng. Oh, btw...aku juga dah mcm golongan mak2 yg shopping barang sekolah anak2. Mana taknya, Danish sama sibuk juga mcm org nk masuk sekolah. Hasilnya, Danish berjaya rembat pencil color, pensil, pen, pemadam, sharpener, colouring book, kotak pencil etc..(over kan danish!).


Dah puas masuk kuar kedai sampai danish dah tunjuk belang ngamuk, terus ke cinema. Before tu, belikan dia popcorn n milo ais dulu sbg upah supaya ddk dlm panggung snyp2 sbb mama nk tgk Chipmunk yg comey tuh! (yea, sila la redha mak dia yg lg over nk tgk chipmunk!) btw, ni 1st time aku tgk movie berdua je dgn danish. kalo sblm2 ni mmg bertiga la sekali dgn bad. 15 minit pertama, danish cam layan la movie tuh. then lama2 dia dh bosan & penat kot. mana taknya td kan dh puas berjalan sana sini. Masuk 1/2 jam, popcorn pun dah tnggl suku dia dh naik boring tahap gaban dah kot dalam tuh. Sudahnya korang tau dia ckp pe kat aku??


"mama, jom ar alik. x best ar."
"jap la, citer ni best tau.Tuh tgk chipmunk tuh...comeeeeeeyyyyy.."
"x mooooo....x besh aaarrrr."
"Alaaa...jap la...kita tgkla citer ni dulu ye. Nnt mama beli omen (ultraman) kat danish nak?"
"nak....jom ar alik. x besh.."
"T____T......................................"



harus la mak redha nokss dalam keterpaksaan.. karang dibuatnya dia ngamuk dlm tuh, sape mau jawab??
T______________________T



nmpk gaya kena repeat balik ar citer tuuuhhhh...keciwaaaaaaaa!


ngade tul la danish! tgk citer syurga cinta sampai repeat 5-6 kali sehari sampai mama & ayah dah siap boleh hafal skrip....x pulak ko ckp x besshhh.. T__T. Ni mama baru je nak layan Alvin & Chipmunk dan-dan ko cakap x bessshhh...x kasi can ar!







note : lain kali mama nk tgk wayang, Danish dok umah dgn Ayah & Dania. jgn gatal2 nk ikut mama.





post signature

Thursday, December 24, 2009

Sunshine

dibebel oleh Ezzah at 1:21 AM 7 mengomel

My little sunshine!

Ini anak kesayangan aku (Ye, setiap anak akan menjadi kesayangan ibu bapa mereka kan?). Mata bulat, bulu mata lentik, muka jambu, hidung mancung, kulit putih, kurang ketinggian (eheheh), mulut becok dan agak poyos. Yea, Mulut agak becok skrng. Maklumlah, budak sedang umur ni dalam fasa utk mengexplore segala mcm benda. Bak kata akak ofis aku, soalah yg diorng bg hingga tiada titik noktah.



Kalo 2 minggu yang lepas, sampai saje depan muka pintu akak pengasuh yang dipanggil umi, dia dah buat muka..dah menangis. tapi sekarang tak dah. Sampai muka pintu je "Asaikum (assalamualaikum), anish dah atang, ukak pintu (Danish dah datang, buka pintu)" Tersenyum sendiri dgr mulut kecik dia petah bercakap. Bila dijemput balik plak, habis semua dalam umah di salam, sambil cakap "Anish alik ulu, esok atang lagi. (Danish balik dulu, esok datang lagi)"


Danish...danish.... (",)



Itu belum lagi bila tgk mak ayah sibuk bersiap nk keluar, dia pun sama sibuk juga dtg sambil bawak suar jeans "Mama, anish nk itut oleh tak. nk g opping. (Mama, danish nk ikut boleh tak. Nak g Shopping)" Bila diberi pilihan Mama @ Ayah jawapan dia ringkas...anak mamayah (Fine baby, mmg pandai bodek taauuuuu. Siap digabung Mama&Ayah menjadi 1)



Tapi bila dah berdepan dgn orng yg agak kurang kenal...terus jadi penyobong dan pemalu! :P
errrkk...dah mungkin juga agak poyoss... (^-^")



post signature

Wednesday, December 23, 2009

Nuffnang

dibebel oleh Ezzah at 5:15 PM 13 mengomel


yeaay!!
i got my first cek from nuffnang! Yipppiiieeeeeee......................
walaupun x la banyak mana...ttp tetap juga duit-free-datang-bergolek sambil suka-suka blogging sambil buat duitttttt.... :P




note : after cash out kali pertama tu...cepat plak earning naikkkkk...kalo tak mak aiiihhh nak menunggu kemain lama...ni dah boleh cash out kali kedua dah... :P

post signature

Tuesday, December 22, 2009

http://cikpuanezah.blogspot.com/

dibebel oleh Ezzah at 11:12 PM 8 mengomel
This blog belong to me yang mana banyak-banyak menceritakan (more to membebel kot!) about myself, my Danish & Dania, my friends. kadang-kadang about gossip artis, hal-hal girlish, fesyen. jarang-jarang tentang perkara yang tak berkaitan dgn diri sendiri and sikit-sikit tentang luahan rasa hati.. :)



Wanna exchange link? just leave ur link dalam ruangan komen entry ini. Maka, akan sepantas kilat aku masukkan dlm ruangan friends list!



Bak kata orang,

Berkawan biar seribu,
Berkasih biar Satu,
Bermusuh??
JANGAN SEKALI.








post signature

alvin & chipmunk

dibebel oleh Ezzah at 7:58 PM 7 mengomel
they all come back again in the toowwwwwwwnnnnn!! ;)
~woootttt!~woooootttt!!~



Can't wait to watch this movie.
Fun, cute & coooooooollllll... :P


Bila tgk iklan ni kat tv mesti bgtau Danish cepat "danish, nnt kita p tgk movie ni ek"
Yang Danish plak....angguk excited konon2 faham.. :D




Danish, nnt kita date tgk movie ni ek..Kita berdua je tau..Org lain tak payah ikut..
Mama belanja Danish tiket wayang je...lain-lain perbelanjaan minta kat ayah tau. :P





post signature

Monday, December 21, 2009

warehouse

dibebel oleh Ezzah at 9:02 PM 11 mengomel

Dear ladies in the house ,


ada sape2 tak tau mana2 tempat area Putrajaya, Serdang, Puchong, Balakong, Bangi, Kajang, Klang atau sekitarnya yang ada buat Warehouse Produk Baby.



please inform me okeyh!
:)



thanks in advance!!




post signature

Rasa blank mau kasi tajuk apa ;P

dibebel oleh Ezzah at 6:03 PM 10 mengomel
Hari tu aku ada minta opinion korang sama ada nk teruskan susu snow or susu Nestle PreNan untuk Dania. After minta opinion dari doktor, i choose Susu Snow utk dia. Doktor ckp just give it what she want. Don't torchure her dgn bg menda yg x suka kan...for what. lagi pun dia bukan baby pra-matang. So, i just stick with that...and jadual minum susu dia pun dah ok & dah nampak berisi sikit. so pas ni dah boleh pakai gaun seksi2 :P


Baru ni ke carefour beli brng dapur, ternampak Pasta Shaped produk Heinz ni. Sblm ni ada tgk dalam blog Alya dia bg nia makan ni jugak. So saja la beli 1 untuk try bg Dania makan. Bentuk dia comel, alphabet A B C D hingga Z! Ada nombor2 juga....Balik tuh terus buatkan, sng je pun mcm buat spagethi je! Nmpk gaya dania suka...danish lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii la suka! Mama dia? hurrrmmm...lagi la suka sbg senang & jimat masa! Mama dia kan 'rajiiiinnnnnn'.






makin lama aku makin makan banyak banyak dan banyak...
badan pun makin lama makin gemuk gemuk dan gemuuuukkkkkkk..
T__T



post signature

 

·.·•CikPuanEzah•·.· Copyright © 2009 Designed by Thejijie09 designed for 2009